Friday 18 March 2011

HARAPAN

HARAPAN- meletakkan harapan memang terlalau mudah tetapi untuk melunaskan harapan tu memang cukup payah. erm.. pelbagai harapan yang diletakkan pada aku. sehinnga aku rasa macam beban. memang tak baiktapi, sudah aku merasainya. kadang-kadang orang tak tahu betapa sukarnya aku nak buat diorang bahagia. memang jika ada keazaman dan kesabaran yang tinggi memang boleh kita lakukan. tapi,, sampai bila hanya aku sahaja ?
pada mulanya, aku rasa gembira bila orang mempercayai aku boleh melakukanya, terasa sedikit keyakinan disitu, tetapi bila orang terlalu mempercayai aku, terasa tak sanggup pula memikulnya, yelahhh.
setiap manusia itu pasti melakukan kesilapan, kesalahan. bila kita buat baik orang pandang, tapi tak lah sehebat orang memandang kita bila kita melakukan kesalahan. susah jadinya bila kita nak bina balik kepercayaan orang pada kita. hurm..

MAMA- setiap ibu inginkan anak2nya berjaya dalam kehidupan, walaupun tidak semewah atau sehebat orang lain.. yang penting anaknya menjadi orang yang disegani, di hormati masyarakat. itulah kata2 mama yang aku ingat sentiasa. insyaallah, aku pasti boleh. tapi,,, kepercayaan mama itu serba sedikit membuatkan aku goyah dengan keyakinanku. mengapa? yelah. aku mempunyai 8 orang adik beradik, dan aku adalah yang paling bongsu. aku mempunyai 4 orang kaka yang sudah berkhawin kesemuanya dan tentulah mereka mempunyai urusan keluarga mereka sendiri. abang, hurmmm. tidak elok untuk aku perkatakan di sini. tetapi, perlakuannya, amat mengecewakan kami sekeluarga. akak yang ke-6 pula, bekerja di singapura. mempunyai watak yang agak  egoistic. susah untuk dia katakan tidak. menyebabkan mama kadangkala kurang senang dengan sikapnya. yang ketujuh pula , jarak umurnya dengan aku tidaklah jauh. hanya beza 2 tahun sahaja. tetapi perangainya. ermm. kadang2 aku boleh berapi. jadi tinggal aku keseorangan dalam umah yang besar tetapi kosong. aku hanya rasakan hidup keseorangan. yang ada hanya mama dan muzik menemani aku. rentetan dari hal tadi, mama menaruh harapan padaku agar aku lebih berjaya dan mengubah nasib keluarga kami. bukan kami orang miskin tetapi, kami kadang2 susah untuk teruskan hidup yang penuh dugaa. segalanya mam taruhkan kat aku. rumah, pelajaran, kerjaya aku nanti, kehidupan. bak kata orang semuanya mama inginkan aku mengubahnya.ini membuatkan aku lebih berdiam diri dan bertindak tetapi, aku rase macam beban, salah ke aku ?

CINTA- semua insan dalam dunia ni, memerlukan cinta, tak kira pada ILLAHI mahupun insani, tetapi,dalam percintaan juga memerlukan harapan. harapan dia menjadi yang terbaik untuk kita, harapan dia menyayangi kita, harapan dia tulus dan jujur menyintai kita. tetapi, bisakah tu semua berlaku dalam sekelip mata. mengenal seseorang terlebih dahulu membuatkan kita berharap dia pun mengenali kita. dalam kes aku pula, banyak harapan yang diletakkan. harapan dia kepada aku supaya mengerti sifatnya, tetapi siapa pula ingin mengerti sifat aku ?
keluarga masing2 juga meletakkkan harapan pada kami. bagaiman aku nak lunaskan semuanya ? apa yang patut aku buat. mungkin pada korang . ini satu lawak atau perkara yang tak matang. tetapi pada aku, setiap orang ada masalahnya sendiri, dan patut diambil tahu. tapi siapa yang boleh bantu aku. sesungguhnya aku harus berserah pada ALLAH S.A.W.


diman ??

No comments:

Post a Comment