Friday 28 October 2011

CERITA SI CINTA DAN SI DIA( intro)

CERITA SI CINTA DAN SI DIA .
 bermula dengan perkenalan dan berakhir dengan perpisahan . adil ?
memang ada yang cakap adil, dan ada juga yang cakap tak adil, kenapa ? entah lah. itu pendapat masing-masing. tapi bagi aku, adil. sebab setiap yang hidup akan mati, yang gembira akan sedih, yang bersama akan berpisah. Lumrah dunia. tak semua benda yang kita nak kita dapat . kann ? itu yang aku belajar dari kecil sampailah sekarang , sebab aku hidup dari keluarga yang kurang senang . jadi aku dah biasa untuk terima segala apa yang berlaku kat aku . memang, aku kalau boleh nak macam orang lain yang hidup dia penuh dengan kegembiraan dan kesenangan . tapi dengan benda ni juga lah aku sedar aku kena terima hakikat . hakikat yang menyakitkan tapi akhirnya akan menyembuhkan jua. sebab setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

apa kena-mengena cerita si cinta dan si dia ?

aku sayang dia, tapi aku mulai bosan dengan tingkah-lakunya. apa yang patut aku lakukan ? berdiam diri atau cuba membebaskan diri. perkenalan selama setahun lebih mungkin pada angka , ia nampak masih muda, tapi perjalanan selama setahun lebih itu, memberikan sedikit kepahitan di situ , ia nampak tenang seperti biasa tapi sebenarnya bergelora . akhirnya aku berfikir dan membuat keputusan untuk membebaskan diri . walaupun aku rasa ada kesan yang negatif di situ, tapi apakan daya , sakit hari ini atau sakit selamanya ?. atau tindakan aku ini terlalu kejam untuknya. biarlah kejam , biarlah aku nampak jahat , sesungguhnya ini hanya untuk kebaikkan dia semata-mata. aku sedar seperti apa dia, aku tahu luar dalam dirinya, tapi si dia belum lagi memenuhi kriteria yang aku inginkan, rupa , bukan itu yang aku mahukan, harta tak pernah terlintas untuk memboloti darinya , apa yang aku inginkan sebagai seorang perempuan ? kasih sayang, perhatian , pujukan , dan bimbingan . bukan aku pinta kasih sayang seorang abang kepada adiknya, kasih sayang seorang ayah kepada anaknya, kasih sayang seorang kawan kepada temannya, tetapi kasih sayang seorang kekasih kepada teman hidupnya, perhatian yang aku inginkan adalah dari seorang yang memahami dan menyedari aku ini kekasihya, pujukan jika aku marah, kesal denganya.

adakah si dia tak pernah lakukannya ?

ada. aku tidak menafikannya , tapi hanyalah sementara ketika cinta sedang berbunga, ketika hati sedang berasmara, . sesudahnya, bila sudah mengenali hati budi, setelah onak duri dilalui, hati mula resah, cinta kian layu. kata-kata cinta sudah tak penting lagi, hanya binkisan mesej pendek, hmm. kekhilafan aku kerana tidak menghargainya. namun,,,,, aku tidak menyalahkannya seratus peratus. ada silap kami yang kami sendiri tidak nampak. aku terlalu menghalusi dalam perhubungan, terlalu melebih-lebih. sedangkan dia terpinga-pinga mencari apa yang aku mahukan.

]keputusanya [
aku mengundurkan diri , aku membiarkan dia mencari kesilapan, dan memberikan aku masa untuk membaiki kelemahan diriku, aku membiarkan dia belajar erti kehidupan , hakikat dan masa depan. jika dia tidak belajar dari sekarang, dia akan menerima kesukaran pada masa akan datang . demi dia, aku langkahkan kakiku ke belakang agar dia bisa berdiri di atas kaki sendiri, bukan lagi melukut di tepi gantang , kerana dia adalah dia, aku adalh aku . 19 tahun , suatu angka yang punya banyak masa lagi untuk mengolah hidup sebelum ditakdirkan tuhan.

p/s: maafkan saya kerana melepaskan awak pergi. yakinlahh awak pasti dapat hidup tanpa saya :)

No comments:

Post a Comment